Mamat terbuka hati kembali berumah tangga - Utusan Malaysia

Mamat terbuka hati kembali berumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mohd. Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat mengakui dia kini sedang mencari pasangan hidup.

Kata bekas vokalis kumpulan Exist itu, dia sudah terbuka hati untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas berbelas tahun bergelar duda.

“Saya bercerai semasa anak saya, Aleeya Mysara berusia tujuh tahun. Sekarang dia berusia 24 tahun.

“Kalau dikira, sudah lebih 17 tahun saya bergelar bapa tunggal. Jadi sekarang ini saya sedang mencari jodoh,” katanya.

Penyanyi berusia 48 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001.

Namun rumah tangga mereka berakhir pada 2009.
Selain Aleeya, bekas suami isteri itu juga dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Mohd. Eiki Daniell dan Dylea Mysara.

Mamat dalam masa sama berkata dia belum menemui wanita sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

“Dulu adalah (berkenalan). Tapi bila difikir masa itu, hendak jaga diri sendiripun susah, apa lagi anak orang.

“Sekarang baru tersedar. Sudah terhantuk baru terngadah,” kata Mamat.

Disoal mengenai wanita idaman, Mamat memaklumkan dia impikan pasangan yang diterima anak-anaknya.

“Walaupun sudah terbuka hati (untuk berkahwin) saya tetap perlu tanya pendapat anak-anak juga. Susah nanti kalau mereka tidak terima.

“Jadi jika ada wanita yang boleh menyayangi anak-anak saya, tiada masalah untuk berkahwin,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN