Absolut Bazaar: 3,500 usahawan PKS dilahirkan

Absolut Bazaar: 3,500 usahawan PKS dilahirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 3,500 usahawan termasuk daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah terlibat sepanjang tempoh empat tahun penganjuran festival raya Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR).

Penganjur bersama My Events International dan Absolut Events & Management berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM61.5 juta hasil jualan berjaya dijana dengan melibatkan kehadiran hampir lapan juta pengunjung dalam tempoh berkenaan.

Selain itu, festival berkenaan juga telah menghimpunkan kira-kira 400 selebriti setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, ABxFGR  kembali pada tahun 2026 dengan membawa kemeriahan yang lebih besar bersempena penganjurannya tahun ini yang memasuki edisi kelima,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, pada tahun ini, ABxFGR akan memulakan jelajah festival raya mereka di tiga buah lokasi utama.

“Lokasi antarabangsa pertama iaitu di BRIDEX Convention Centre, Brunei pada 27 Februari hingga 1 Mac 2026, diikuti PICCA, Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan di sebelah utara Malaysia pada 6 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026

“Manakala acara kemuncak di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 13 Mac hingga 16 Mac nanti dengan berlangsung selama 66 jam tanpa henti,” jelasnya.

Kenyataan itu juga berkata, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak penganjur ABxFGR 2026 juga akan menyampaikan bantuan bagi golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan persatuan ibu-ibu tunggal sebagai tanda memperingati mereka yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini