KUALA LUMPUR: Malaysia tidak terkecuali menerima tempias sekiranya konflik antara Amerika Syarikat dan Iran memuncak, dengan implikasi besar terhadap ekonomi serta keselamatan serantau. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang peperangan di Asia Barat berpotensi menjejaskan bekalan tenaga dunia, mengganggu perdagangan antarabangsa dan mencetuskan lonjakan harga yang akhirnya memberi kesan langsung kepada Malaysia. “Perang yang membabitkan Iran dan Amerika Syarikat akan memberi impak sangat besar bukan sahaja kepada Iran…










