PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia terpilih sebagai kapten dan kru kapal bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang bakal bermula selepas Hari Raya Aidilfitri. Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhd. Haikal Luqman Zulkefli berkata, kesemua yang dipilih mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelayaran dan teknikal kapal. Menurutnya, sebahagian dari pada mereka pernah berkhidmat sebagai juruteknik kapal serta memiliki kemahiran mengendalikan pelayaran jarak jauh. “Lima…










