Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam parit

ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas dalam parit di Bagan Datuk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit di Pekan Sungai Dulang, Hutan Melintang di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.42 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Semasa jentera tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun telah jatuh dan lemas di dalam parit.

“Mangsa bagaimanapun telah dibawa ke tepi parit oleh orang awam. Anggota kemudian mengangkat mangsa naik ke tebing menggunakan pengusung dibantu pihak polis dan orang awam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan oleh pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 10.46 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN