PORT DICKSON: Seorang lelaki warganegara Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di sebuah bilik rumah kedai berhampiran Jalan Besar Bukit Pelandok pada 9 Februari lalu. Pertuduhan terhadap tertuduh, Maung Thuka Nyita, 21, dibacakan hari ini di hadapan Majistret Mohd Farez Rahman. Bagaimanapun tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan daripada memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah…









