Lelaki ditemukan mati di tebing kolam ikan - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati di tebing kolam ikan

MAYAT lelaki yang ditemukan di tebing kolam ikan di Kampung Sungai Nangka Jelai di Larut semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh di tebing kolam ikan miliknya di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.02 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, jentera bomba tiba di tempat kejadian mendapati mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an berada dalam keadaan terbaring di tebing kolam dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba segera menjalankan pemeriksaan awal terhadap mangsa sementara menunggu kehadiran pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menjala ikan di kolam berkenaan.

Kes kini berada di bawah siasatan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN