KUSKOP ambil langkah proaktif, sertai Thaipusam untuk dekati rakyat

KUSKOP ambil langkah proaktif, sertai Thaipusam untuk dekati rakyat

STEVEN Sim Chee Keong (dua dari kiri) ketika menghadiri Program KUSKOP MADANI Sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil langkah proaktif dalam menyebarluaskan pelbagai inisiatif serta program yang disediakan untuk manfaat rakyat apabila buat julung kalinya turut serta dalam sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, bagi tujuan itu, sebuah khemah reruai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan turut dibuka berhampiran sebuah kuil di sini untuk memudahkan pengunjung memperoleh maklumat terkini mengenai program-program KUSKOP seperti geran, dana dan pembiayaan yang disediakan ketika ini.

Beliau berkata, selain itu, reruai tersebut turut menyediakan satu ruang rehat, makan dan minum serta saringan kesihatan untuk semua pengunjung yang hadir ke tapak perayaan tersebut.

“Untuk makluman, seramai 200 sukarelawan pelbagai kaum yang dikenali sebagai Wira KUSKOP turut ditempatkan di sini untuk membantu dalam melancarkan perjalanan sambutan Thaipusam.

“Inilah antara keunikan yang terdapat di negara kita kerana semua kaum boleh bersama walaupun untuk menyambut perayaan kaum lain,” katanya selepas menyerahkan sumbangan KUSKOP berjumlah RM150,000 kepada dua buah kuil di sini pada Program KUSKOP MADANI Sempena Thaipusam, semalam.

Pada program itu, beliau turut meluangkan masa meninjau beberapa gerai atau ‘thaneer panthal’ selain bermesra bersama beberapa pengunjung yang hadir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN