KUALA TERENGGANU: Bergerak solo atau bersama gabungan baharu antara pilihan Pas jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan konflik dalaman tidak berkesudahan. Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, Pas sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan bagi mengelakkan peluang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Katanya, Pas masih meletakkan penyatuan ummah sebagai asas dan strategi paling penting untuk menghadapi pilihan raya…










