KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka platform rundingan rasmi dengan gerakan mahasiswa bagi memastikan tuntutan mereka benar-benar dipertimbangkan dan tidak terhenti sekadar penyerahan memorandum. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, kementerian menerima memorandum mahasiswa secara terbuka dan melihatnya sebagai sebahagian daripada proses demokratik dalam memperkukuh sistem pengajian tinggi negara. “Mahasiswa tidak perlu bimbang untuk bersuara, mengkritik atau melakukan advokasi kerana ia diiktiraf sebagai hak mereka,…








