BATU PAHAT: Sebanyak 818 lampu sembahyang ‘ciplak’ bernilai RM56,791 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menerusi satu operasi yang dijalankan di daerah ini, semalam. Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya menjalankan serbuan melibatkan tiga lokasi berbeza iaitu sebuah gudang dan dua premis perniagaan yang menjual alatan sembahyang masyarakat Cina. Menurut beliau, serbuan itu dibuat susulan risikan dan pemantauan selama sebulan oleh penguatkuasa KPDN…










