KPDN bekalkan senjata api, baju kalis peluru kepada anggota penguat kuasa di sempadan - Utusan Malaysia

KPDN bekalkan senjata api, baju kalis peluru kepada anggota penguat kuasa di sempadan

FUZIAH Salleh (kanan) menyerahkan kad diskaun kepada peniaga di Bazar Ramadan Mydin Mall, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membekalkan senjata api kepada anggota penguat kuasa agensi itu yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bagi menjamin keselamatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Fuziah Salleh, bagaimanapun berkata ia adalah sebahagian daripada prosedur keselamatan yang telah lama dilaksanakan, khususnya bagi penugasan di kawasan berisiko tinggi seperti Sungai Golok.

Katanya, baju kalis peluru baharu juga telah dibekalkan kepada anggota terbabit sebagai perlindungan tambahan.

“Perkara ini merupakan antara penambahbaikan yang telah dilakukan pihak kami dalam meningkatkan tahap keselamatan anggota penguat kuasa di sempadan,” katanya, selepas diminta mengulas mengenai insiden tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, kelmarin.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu bahawa anggota penguat kuasa KPDN sentiasa diingatkan supaya memakai baju kalis peluru dan kekal waspada semasa menjalankan tugas.

Utusan Malaysia melaporkan pada 25 Februari lalu bahawa Mohd. Nasaruddin nyaris maut selepas diserang dua lelaki bersenjata pistol pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN