Komander AKPS Bukit Kayu Hitam diserang 2 lelaki berpistol

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam diserang 2 lelaki berpistol

MANGSA dilaporkan berada di dalam sebuah kenderaan sebelum suspek menghampiri dan melepaskan dua das tembakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) Bukit Kayu Hitam nyaris maut selepas diserang dua lelaki berpistol awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi tadi, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir terselamat daripada cubaan bunuh itu.

Menurut sumber, dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan tembakan ke arah mangsa ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan menunaikan solat.

Ketika kejadian, Mohd Nasaruddin dilaporkan berada di dalam sebuah kenderaan sebelum suspek menghampiri dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan lanjut mengenai kejadian daripada polis sedang diperolehi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN