PETALING JAYA: Seramai 146 orang anak yatim diraikan dalam program majlis berbuka puasa anjuran Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di sini semalam. Presiden KGNS, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, majlis berkenaan merupakan program tahunan yang dianjurkan pihaknya dan tahun ini mereka meraikan anak-anak yatim dari lima buah rumah kebajikan sekitar Lembah Klang. Kata beliau, pada majlis itu, pihaknya turut menyampaikan sumbangan beg sekolah, set alat tulis serta duit raya.…










