Kes bunuh wanita gelandangan, sembilan saksi dirakam keterangan 

Kes bunuh wanita gelandangan, sembilan saksi dirakam keterangan 

Tembak maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh wanita gelandangan di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan Sentul di sini, Isnin lalu dipercayai tidak siuman. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 46 tahun itu mengalami masalah mental. 

“Punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul. 

“Setakat ini kita masih belum dapat mengenal pasti motif kejadian,” katanya ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di pusat beli-belah Pavilion di sini, hari ini. 

Menurutnya, seramai sembilan saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatn. 

Jelas beliau, suspek kini disambung reman selama enam hari bermula 10 hingga 15 Februari ini. 

“Kita akan memohon sambung reman selepas tempoh tamat Isnin ini dan kertas siasatan akan dirujuk pada hari sama,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan, seorang lelaki ditahan berhubung penemuan mayat wanita berkenaan yang juga gelandangan berusia 50 hingga 60-an, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN