KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini termasuk memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan hasil negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan setakat ini menyaksikan nilai rampasan berkaitan kegiatan tersebut mencecah berbilion ringgit. Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan berkenaan di negara ini. “Kegiatan judi dalam talian tidak mudah dibanteras kerana sebahagiannya berpangkalan di…










