TASEK GELUGOR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri mengambil pendirian lebih tegas dalam meluluskan sebarang bentuk projek yang melibatkan kepentingan rakyat termasuk projek penternakan babi di Kampung Selamat di sini. Pengerusinya, Andika Putera berkata, pihaknya mengambil maklum akan isu pencemaran sungai serta bau busuk yang didakwa berpunca daripada aktiviti penternakan babi di kampung berkenaan dan ia telah berlarutan sejak berpuluh tahun tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas.…










