KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersikap tegas untuk melindungi kepentingan masyarakat berbilang kaum dan memastikan rakyat bekerjasama dalam membina perpaduan dan keharmonian di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting kerana tiada negara boleh mencapai kejayaan jika rakyatnya bergaduh antara satu sama lain dan tiada semangat bertolak ansur untuk mengangkat semua kaum dan agama dalam semua bidang. Katanya, hasil kerjasama rakyat berbilang kaum di negara ini…










