PETALING JAYA: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 merekodkan peningkatan positif apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 1.83 berbanding 1.85 pada tahun 2024. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, keputusan tahun ini membuktikan peningkatan kualiti penguasaan ilmu dalam kalangan murid KAFA selepas lima tahun melalui proses pembelajaran berstruktur. “Daripada jumlah keseluruhan 251,392 calon yang menduduki semua kertas peperiksaan, sebanyak 89.61 peratus berjaya…










