KUALA NERUS: Hampir 100 ahli sebuah keluarga di Kampung Tiang Kulat di sini, mengambil peluang cuti panjang bersempena musim perayaan dan persekolahan untuk berkumpul serta berbuka puasa bersama pada awal Ramadan. Bagi keluarga Zainab Mat Ali dan Mat Zin Abdullah (ZMZ), suasana berbuka puasa beramai-ramai pada awal Ramadan merupakan detik yang jarang dinikmati kerana kebiasaannya masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan komitmen harian. Bagi Surhaini Mohd Saidi, 47, yang menetap…










