PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima satu panggilan kecemasan berhubung kebakaran membabitkan sebuah unit kediaman di tingkat lapan sebuah pangsapuri di Kajang malam tadi, yang didapati menyimpan sejumlah besar mercun. Dalam kejadian 10.42 malam itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi serta bantuan BBP…










