PETALING JAYA: Kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang didakwa membawa masuk bahan terlarang ke dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) telah ditukar. Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tindakan tatatertib itu dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib) 1993. Katanya, AADK memandang serius hasil siasatan yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah yang didapati positif dadah jenis…










