PETALING JAYA: Pemberian nombor giliran tanpa had sepanjang waktu operasi di semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara telah dimulakan sejak 13 Januari lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya mendengar rungutan masyarakat berhubung isu nombor giliran habis, walaupun waktu operasi pejabat masih belum tamat. “JPJ ingin menegaskan bahawa pendekatan baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang…









