Johor isytihar perang syarikat buang sisa berjadual secara haram

Johor isytihar perang syarikat buang sisa berjadual secara haram

ONN Hafiz Ghazi melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Perlupusan Buangan Terjadual Negeri Johor (Johor Integrated Scheduled Waste Hub- JISWH) di PTD 15829, Mukim Ulu Sungai Johor, Off Jalan Sg. Tiram hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Johor isytihar perang terhadap pihak yang membuang sisa buangan berjadual tidak mengikut prosedur sehingga mencemarkan alam sekitar seperti yang pernah berlaku membabitkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, tujuh tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan itu mencabar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang Akta Alam Sekeliling 1974 secara total termasuk denda sehingga RM500,000 dan pemenjaraan sehingga 5 tahun.

Katanya, jika penguatkuasaan tidak dilaksana undang-undang sedia ada tidak mampu memainkan peranan seperti termaktub dalam undang-undang negara.

“Dulu ada pihak buang sisa kimia dalam sungai termasuklah di Sungai Kim Kim, yang jadi mangsa rakyat Johor. Sebab itu kita isytihar perang terhadap syarikat yang mencemarkan alam sekitar negeri ini.

“Pada 2023, terdapat 14 sungai yang dikategori tercemar di negeri ini, namun pada 2024 angka itu berjaya diturunkan sehingga sembilan. Sasaran kita adalah sifar sungai tercemar menjelang tahun 2030,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual Negeri Johor (JISWH), di sini hari ini.

Onn Hafiz bagaimanapun mengaku sasaran itu bukan perkara mudah dicapai namun pihaknya yakin menerusi kerjasama pelbagai agensi serta komitmen penuh, ia dapat dilaksana selari hasrat menjadikan Johor negeri maju.

“Sasaran Johor Maju 2030 bukan sekadar pembangunan ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga memastikan alam sekitar kita mampan agar negeri ini selesa, selamat dan sejahtera untuk didiami,” ujarnya.

Sementara itu, majlis pecah tanah berkenaan menyaksikan pembinaan sebuah loji rawatan sisa buangan berjadual bernilai RM310 juta menerusi kerjasama antara Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan SJ Varied Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN