'Jangan pandang rendah keupayaan UIAM'

‘Jangan pandang rendah keupayaan UIAM’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Jangan pandang rendah terhadap keupayaaan institusi pengajian tinggi negara khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Itu reaksi Fahmi susulan kenyataan dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mempertikai kajian cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur oleh UIAM.

Menurutnya, beliau akui kesal kerana ada pihak yang mempertikai keupayaan UIAM untuk melakukan kajian ini.

“Bagi saya itu satu sikap yang tidak baiklah oleh ahli politik ini. Dia sepatutnya melihat UIAM sebagai satu institusi pendidikan yang mampu melakukan kajian. Jadi itu bagi saya, dia tidak sepatutnya berkata begitu.

“Sangat tak bertanggungjawab dan dia melihat ke bawah satu institusi yang sangat penting yang telah melahirkan ramai, bukan hanya pemimpin dalam negara kita, malah pemimpin di negara-negara lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai cadangan pilihan raya itu, Fahmi menjelaskan, setakat ini belum ada apa-apa yang boleh dibentang kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan terutama berkaitan cadangan itu.

“Perkara (cadangan dan kajian) itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh telah memaklumkannya secara lisan.

“Belum ada hasil jadi tidak boleh dibuat apa-apa keputusan. Di peringkat Jemaah Menteri pun tidak dibentangkan apa-apa jadi dia terlalu awal untuk kita bincang perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN