PETALING JAYA: Produk snek popular dari Korea Selatan yang didakwa mempunyai ramuan berasaskan babi tidak pernah dipersijilkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, produk import itu tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh Jakim pada label pembungkusan. Katanya, orang ramai dinasihatkan memilih produk yang dipersijilkan halal oleh Jakim atau FHCB yang diiktiraf. “Jakim…









