Isu Palestin lambang penentangan penindasan global

Isu Palestin lambang penentangan penindasan global

NURUL Izzah Anwar begambar selepas pelancaran buku The Olive Tree That Remembered di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perjuangan rakyat Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, sebaliknya sarat dengan simbol penentangan terhadap penindasan dan hipokrasi yang berlaku di seluruh dunia.

Pengerusi Eksekutif POLITY dan Penasihat Kehormat, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar berkata, pendedahan krisis demi krisis termasuk skandal melibatkan tokoh berpengaruh dunia mendedahkan realiti keganasan sebenar.

Beliau berkata, pendedahan itu juga membuktikan siapa sebenar di sebalik keganasan sedangkan Islam terus dilabel secara tidak adil sebagai penggalak ekstremisme.

“Selama ini Islam diserang, dilabel dan difitnah, sedangkan mereka yang berkuasa itulah yang mencetuskan keganasan, termasuk terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya selepas melancarkan buku kanak-kanak ‘The Olive Tree That Remembered’ di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, di sini, hari ini.

Sementara itu, penulis buku berkenaan, Norashikin Abdul Latiff berkata, buku kanak-kanak itu mengangkat kisah sebatang pokok zaitun tua sebagai saksi perubahan musim kehidupan rakyat Palestin, khususnya daripada hari-hari aman kepada ketidaktentuan, perpisahan dan kehilangan.

Menurutnya, buku itu ditulis khusus untuk kanak-kanak dan golongan muda sebagai pengenalan awal terhadap nilai empati, keprihatinan serta kesedaran emosi melalui penceritaan yang bersesuaian usia.

“Buku berkenaan juga menandakan pelancaran satu inisiatif penerbitan kanak-kanak yang menggabungkan penceritaan bermakna, sumbangan kemanusiaan yang telus serta mekanisme pengagihan yang berakauntabiliti.

Norashikin berkata, buku berkenaan dihasilkan tanpa paparan grafik keganasan, dengan penggunaan bahasa yang dipilih secara teliti serta ilustrasi yang penuh pertimbangan bagi membantu kanak-kanak memahami realiti perubahan hidup secara berhemah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN