KUALA NERUS: Perbincangan berhubung isu melibatkan ladang komersial antara Felda dan Kerajaan Negeri Terengganu berada di peringkat akhir dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini beberapa perbincangan diadakan melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta Bahagian Kawalan Felda (BKF) bagi mencari penyelesaian terbaik isu berkenaan. “Saya boleh cakap ia hampir selesai. Kita telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri…










