Isteri bela pelakon macam biawak hidup - Utusan Malaysia

Isteri bela pelakon macam biawak hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduhai, Cik Bunga pun terdiam seketika bila dengar cerita panas ini. Kata orang, kahwin biar sama-sama bina bahagia. Tapi yang ini lain macam kisahnya. Seorang selebriti lelaki tanah air, nampak segak di mana-mana acara hiburan, rupa-rupanya di rumah lebih banyak jadi hiasan sofa.

Menurut sumber Cik Bunga, si isteri terpaksa bekerja siang malam mencari nafkah. Dari pagi sampai ke petang, malah ada yang sampai ke malam, semua demi memastikan dapur berasap dan bil dibayar.

Malangnya, si suami pula lebih gemar berehat, konon ‘belum jumpa rezeki yang sesuai’. Eh, rezeki tidak akan datang kalau asyik baring, bang oii.

Apa yang buat Cik Bunga paling tersentap, si isteri bukan saja tanggung kewangan, malah urus rumah tangga sepenuhnya. Anak? Dia. Rumah? Dia. Emosi sendiri? Simpan dalam hati. Si suami bukan tak ada, tapi macam biawak hidup, dipelihara, disuap, tapi tidak menyumbang apa-apa.

Cik Bunga tidak mahu menuding jari, apatah lagi membuka aib sesiapa. Tapi kalau benar cerita ini, Cik Bunga tumpang terkilan jugalah. Wahai kaum lelaki, jangan berselindung di sebalik nama dan status. Isteri itu amanah, bukan mesin ATM bergerak.

Pesanan Cik Bunga ringkas saja. Kalau tidak mampu jadi suami yang memimpin, sekurang-kurangnya jangan jadi beban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN