Ijtihad Demi Rakyat cerminan perjalanan transformasi KKDW 

Ijtihad Demi Rakyat cerminan perjalanan transformasi KKDW 

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menghadiri Majlis Makan Malam dan Pelancaran Buku Ijtihad Demi Rakyat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Buku Ijtihad Demi Rakyat yang dilancarkan malam tadi menghimpunkan petikan ucapan dan pencapaian utama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam tempoh tiga tahun.

Pelancaran buku itu disempurnakan Ahmad Zahid di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, sempena Majlis Makan Malam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta barisan pengurusan tertinggi kementerian itu.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam satu kenyataan memaklumkan, buku itu  adalah kompilasi petikan ucapan dan kerangka pemikiran serta pencapaian kementerian yang menterjemah mandat kepemimpinan kepada tindakan yang tersusun.

Ia mengambil bait ayat Dari Langit Turunnya Mandat, kepada Desa Bakti Dipahat yang dizahirkan melalui penulisan buku berkenaan.

Menurut KKDW, hasil nukilan Ijtihad Demi Rakyat mencerminkan perjalanan transformasi KKDW daripada perancangan kepada pelaksanaan serta komitmen berterusan kementerian sebagai sebuah institusi yang berfungsi secara bersepadu.

Ia merangkumi kepemimpinan, bahagian dan agensi pelaksana bagi memastikan dasar bukan sahaja dirangka dengan baik, tetapi dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN