Ijoy bukan anak orang kaya - Sharifah Shahirah - Utusan Malaysia

Ijoy bukan anak orang kaya – Sharifah Shahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, 51, menepis tanggapan netizen mengenai suaminya, Ijoy yang dikatakan tidak bekerja dan bergantung harap kepada pendapatan isteri semata-mata.

Kata Shahirah, dakwaan itu tidak benar kerana suaminya mempunyai pendapatan sendiri dan memainkan peranan dalam menampung dan menguruskan perbelanjaan keluarga.

“Ijoy bukan anak orang kaya dan tidak pernah meminta duit dengan ibu bapanya, kami bekerja keras untuk membina keluarga,” ujarnya.

Kata Shahirah, seperti Ijoy, dia juga tidak dibesarkan dalam keluarga yang senang dan sejak kecil dididik untuk hidup mengikut kemampuan sendiri.

“Saya bukan anak orang kaya dan bukan seorang yang suka berbelanja besar.

“Saya suka membeli belah dan minat kepada beg tangan tapi perkara itu tidak menjadi keutamaan saya,” kongsinya.

Shahirah sebelum ini tampil menjawab tanggapan warganet yang mendakwa Ijoy hanya bergantung kepada pendapatan isteri.

Shiera menerusi TikTok menegaskan tanggungjawab suaminya tidak seharusnya dipandang pada sudut kewangan semata-mata.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata termasuk Airel, 22; Airra, 19; Audra, 17; dan Adeena, 10.

Terdahulu, Shiera pernah bergelar isteri kepada penyanyi Jatt Ali, mereka memiliki seorang anak perempuan bernama Tallisya, 28. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN