BATU PAHAT: Seorang wanita dan bayinya berusia 10 bulan parah selepas tayar kereta dinaiki mereka pecah sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, turut terlibat dalam kemalangan pada pukul 2.40 pagi itu adalah suami wanita berkenaan yang juga pemandu kenderaan berkenaan. “Ketika dalam perjalanan ke Parit Raja dari Batu Pahat, kereta…










