GEORGE TOWN: Cadangan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu bermula 2027 menerima maklum balas positif daripada sebahagian ibu bapa muda di Pulau Pinang yang melihat langkah itu mampu membantu mengurangkan beban kewangan keluarga. Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Pulau Pinang (Al-Hady Center), Dr. Joohari Ariffin berkata, dasar di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 itu bukan sahaja membantu mengenal pasti keperluan perkembangan awal kanak-kanak, malah, turut…










