Ibu bapa sambut baik anak bersekolah lebih awal

Anak bersekolah awal sesuai dengan perkembangan semasa – ibu bapa

IBU bapa menghantar anak mereka ke sekolah di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pelaksanaan pendidikan pra-sekolah bermula pada usia lima tahun, diikuti tahun satu pada enam tahun mulai tahun depan, disifatkan langkah tepat untuk menyesuaikan sistem pendidikan dengan perkembangan semasa kanak-kanak.

Ibu, Rosmahwati Abdullah, 51, berkata tiada masalah bagi anak yang berusia enam tahun mengikuti tahun satu kerana secara semula jadi mereka sudah bersedia menghadapi pendidikan formal. Katanya, pendekatan itu memberi peluang pelajar menamatkan tingkatan satu pada usia 12 tahun dan melanjutkan pelajaran ke universiti pada usia 17 tahun.

“Cadangan berkenaan sesuai mengikut keadaan semasa kerana kanak-kanak kini sudah mengenali asas pembelajaran sejak awal usia. Mereka boleh memulakan pendidikan formal lebih awal, sekali gus membuka ruang untuk mencapai pendidikan tinggi dalam usia muda,” katanya.

Sementara itu, Redwan Sumaji, 55, berkata, trend pembelajaran pada usia muda bukan perkara baharu kerana kanak-kanak kini didedahkan dengan pelajaran sejak kecil. Menurutnya, pelaksanaan ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri anak-anak berbanding hanya duduk di rumah dan bermain gajet atau menonton televisyen.

“Kanak-kanak zaman sekarang berbeza dengan dahulu. Mereka sudah mahir teknologi maklumat dan lebih cepat memahami pelajaran. Saya menyokong cadangan ini kerana ia satu perubahan besar dalam sistem pendidikan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN