KANGAR: Ibu bapa dan guru diraikan dalam majlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Datin Fatimah yang turut bersempena mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-44 sekolah berkenaan.
Pensyarah kanan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis menyempurnakan majlis itu.
Beliau juga memberikan suntikan motivasi kepada ibu bapa yang kebanyakkan dalam kalangan penduduk luar bandar.
“Kemenjadian pelajar amatlah diharapkan agar terus cemerlang bukan sahaja di dalam sukan tetapi seiring dengan pembelajaran.
“Rata-rata pendapatan ibu bapa SK Datin Fatimah berteraskan kerja-kerja seperti menoreh getah, bertani dan berniaga. Bagaimanapun ia bukan halangan untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang,” katanya.
Kamarul Azman juga menyampaikan sumbangan RM500 untuk pembangunan dan sahsiah pelajar di sekolah tersebut.-UTUSAN










