KUALA LUMPUR: Pelakon Amyza Aznan, 49, mengambil keputusan untuk mengeluarkan anaknya, Andre Mikhail yang kini bertarung kanser paru-paru dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Kata Amyza, dia ketika ini hanya mampu berharap kepada keajaiban Allah untuk kesembuhan anaknya .
“Anak saya, Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulisnya di Instastory.
Dalam masa sama, Amyza menerusi beberapa hantaran lain di Instastory semalam memohon mana-mana pakar rawatan alternatif agar tampil membantu merawat Andre.
“Doktor suruh keluarga bersedia.
“Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital,” ujarnya.
Amyza pada Khamis lepas berkongsi mengenai anaknya, Adrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang.
khabar duka itu diterima Amyza selepas satu tahun Andre melawan kanser paru-paru. – UTUSAN










