SEMPORNA: Tiga individu termasuk dua rakyat China ditahan susulan serbuan pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah ke atas sebuah resort di sini yang dipercayai menyajikan menu berasaskan haiwan dilindungi semalam. Pengarah JHL Sabah, Mohd. Soffian Abu Bakar berkata, serbuan adalah hasil risikan dan kerjasama Cawangan Risikan Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak. Beliau berkata, ketika operasi dijalankan, pihaknya menemukan seekor tenggiling hidup yang dikategorikan sebagai haiwan hidupan liar dilindungi…










