JOHOR BAHRU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan cuba mencabul kehormatan seorang wanita warga asing ketika menyediakan perkhidmatan e-hailing di sini, 1 Februari lalu. Tertuduh, Alvin Choo Chee Hong, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A. Shaarmini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Chee Hong didakwa telah menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita warga asing dengan niat hendak mencabul kehormatannya dengan cara…










