PETALING JAYA: Kadar pengisian penuntut di 48 Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara kini berada pada tahap membimbangkan apabila hanya 53 peratus kekosongan diisi sehingga Februari ini. Jumlah itu merangkumi 6,500 slot daripada kapasiti sebenar iaitu 12,198 sehingga mengakibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) terus mewarisi cabaran struktur serta ketidakseimbangan agihan tenaga di peringkat nasional terus berlarutan. KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kini memantau rapi trend penurunan jumlah graduan perubatan…










