PETALING JAYA: Pihak berkuasa dan ketua jabatan digesa supaya lebih terbuka dan sanggup mengambil tindakan tegas walaupun tidak popular, termasuk melaksanakan syor tatatertib serta menyingkirkan pegawai yang didapati korup. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata, langkah itu penting bagi menegakkan integriti dan akauntabiliti institusi secara menyeluruh. “Persepsi dan naratif terhadap rasuah serta salah laku perlu dilihat sebagai satu bentuk rompakan terhadap negara yang menuntut setiap penjawat awam bertindak segera dan…










