Koperasi gagal bayar balik pinjaman tidak layak terima pembiayaan baharu

PARLIMEN: Koperasi gagal bayar balik pinjaman tidak layak terima pembiayaan baharu

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mempertimbangkan pembiayaan baharu kepada koperasi yang gagal menunjukkan rekod bayaran balik pinjaman yang memuaskan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan dana awam digunakan secara berhemah, berintegriti dan memberi manfaat yang optimum kepada anggota koperasi.

“Sebarang tunggakan pembiayaan juga akan dituntut dan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

“Manakala koperasi yang menghadapi masalah prestasi akan dibantu melalui khidmat nasihat, tawaran penjadualan semula dan penstrukturan pembiayaan serta latihan pengurusan bagi memperkukuh keupayaan tadbir urus dan operasi koperasi tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung tindakan kementerian terhadap koperasi yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Mengulas punca kegagalan sesebuah koperasi, Mohamad berkata, ia disebabkan pemilihan ahli lembaga koperasi yang kurang profesional.

Katanya, faktor berkenaan menyebabkan sesetengah koperasi kekal beroperasi secara konvensional dan kurang berdaya saing.

“Ada juga koperasi yang terlalu bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan tanpa usaha serius untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN