PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-hailing serta-merta susulan insiden gangguan seksual ke atas penumpang di Johor Bahru. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan pembatalan PSV itu bermaksud pemandu terbabit tidak lagi dibenarkan berkhidmat di mana-mana platform e-hailing, sekali gus memastikan keselamatan penumpang terus terjamin. Katanya, Kementerian Pengangkutan (MOT) memandang serius insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemandu…










