Fiesta Budaya Seni Warisan semarakkan industri pelancongan sempena TMM26 - Utusan Malaysia

Fiesta Budaya Seni Warisan semarakkan industri pelancongan sempena TMM26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Fiesta Budaya Seni Warisan yang berlangsung pada 13 dan 14 Oktober ini bakal menghimpunkan pelbagai elemen seni tradisional dalam usaha menyemarakkan sektor pelancongan negara sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program anjuran Strange Film Sdn. Bhd. itu dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara, sekali gus menjadi antara acara kebudayaan yang berpotensi meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri ini sepanjang penganjurannya.

Dalam satu kenyataan, Strange Film berkata, Inisiatif berkenaan turut mendapat sokongan agensi pelancongan negara, Tourism Malaysia, sebagai usaha memperkukuh promosi budaya dan warisan tempatan di peringkat antarabangsa serta memperkenalkan keunikan seni tradisional kepada khalayak global.

“Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk pertandingan Dam Aji, busana cantik cilik, aktiviti mewarna, persembahan kebudayaan, Car Free Zone serta pelbagai aktiviti santai komuniti yang sesuai disertai oleh seisi keluarga.

“Festival tersebut juga bakal menampilkan persembahan seni tradisional yang mempamerkan keindahan muzik dan tarian warisan, selain demonstrasi kraftangan serta pameran budaya yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali seni tradisi dengan lebih dekat,” kata kenyataan itu.

Selain itu, jualan makanan tradisional turut menjadi tarikan utama dengan pelbagai hidangan warisan tempatan disediakan oleh pengusaha makanan, sekali gus membuka ruang kepada usahawan kecil memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung.

“Penganjuran fiesta berkenaan dilihat sebagai platform penting dalam memelihara warisan budaya di samping merancakkan ekonomi setempat melalui kehadiran pelancong serta penglibatan penggiat seni tempatan dari pelbagai negeri.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival tersebut serta bersama-sama menghargai keunikan seni dan kebudayaan warisan tempatan yang menjadi identiti bangsa dan kebanggaan negara,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN