Fadilat berpuasa, umrah bulan Ramadan di Tanah Suci

Fadilat berpuasa, umrah bulan Ramadan di Tanah Suci

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fadilat berpuasa, umrah bulan Ramadan di Tanah Suci

SOALAN
Ramai kalangan umat Islam yang pergi menunaikan ibadah puasa dan berhari raya di Mekah. Boleh diperjelaskan apakah fadilat bagi mereka yang berbuat demikian? Malah ada yang pergi ke Mekah mengerjakan umrah dan haji berhasrat meninggal dunia di sana.

Haji Murad
Sungai Besar

JAWAPAN
Memang melakukan umrah dalam bulan Ramadan mempunyai fadilat dan tidak salah untuk berdoa meninggal dunia di Mekah kerana ia mempunyai syafaat di hari kiamat kelak, insya-Allah.

Islam haramkan menipu kecuali darurat

SOALAN
Benarkah Islam tidak membenarkan umat menipu walaupun bergurau? Dalam hal yang bagaimanakah menipu itu dibenarkan dalam Islam?

Syamila
Bangi

JAWAPAN
Islam tidak membenarkan menipu kerana ia bukan sifat dalaman seorang Muslim dan berdosa. Ia hanya dibolehkan ketika darurat seperti mendamaikan orang yang sedang bergaduh.

Dibolehkan solat sunat fajar selepas Subuh

SOALAN
Ada yang mengatakan jika kita tidak sempat menunaikan solat sunat Rawatib sebelum fardu Subuh, maka dibolehkan melakukannya selepas solat Subuh. Adakah ini benar? Mohon ustaz perjelaskan.

Insan ingin tahu
Kemaman

JAWAPAN
Menunaikan solat fajar selepas menunaikan solat fardu Subuh kerana waktu solat fajar dibolehkan sehingga tamat waktu Subuh selagi belum masuk syuruk.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN