PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan pelantikan serta perubahan portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKPE) berkuat kuasa hari ini. Agensi itu memaklumkan, pelantikan dan perubahan itu sebagai langkah tadbir urus untuk memperkukuh integriti dan keberkesanan organisasi. TKPE (Pematuhan), Datuk Hisham Rusli kini memegang portfolio TKPE (Dasar), manakala TKPE (Pengurusan), Datuk Khairul Halimin Abdul Halim pula bertukar portfolio kepada TKPE (Cawangan Khas). Menurut LHDN, Datuk Ahmad Khairuddin Abdullah…










