Polis siasat dakwaan pelakon jadi mangsa perbuatan luar tabii - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan pelakon jadi mangsa perbuatan luar tabii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki menjadi mangsa perbuatan luar tabii yang dipercayai berlaku ketika mangsa masih kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan hari ini. Menurutnya, laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun di sebuah balai polis di ibu negara pada pukul 6.11 petang, 31 Januari 2026.

“Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes perbuatan luar tabii. Kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, individu terbabit memuat naik kenyataan di media sosial mendakwa pernah menjadi mangsa perbuatan tersebut ketika masih kanak-kanak, melibatkan individu lebih berusia yang mempunyai kedudukan serta didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sejak sekian lama dan pendedahan dibuat selepas berada dalam keadaan lebih selamat dan stabil, bukan atas dasar dendam, sebaliknya bagi memberi kesedaran serta perlindungan kepada pihak lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN