PETALING JAYA: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan penahanan empat individu berkaitan kejadian merobohkan sebuah kuil di Rawang, dekat sini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keempat-empat individu itu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan ekoran perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. “Ya (dibebaskan), perintah mahkamah tinggi. Kamk sedang melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah reman…










