Lima ditahan kes kereta langgar motosikal di Kg. Sungai Jernih

Lima ditahan kes kereta langgar motosikal di Kg. Sungai Jernih

Bunuh
SHAZELI Kahar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal dalam kejadian di Kampung Sungai Jernih, Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor berkata, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media sosial pagi tadi yang memaparkan kejadian tersebut membabitkan seorang penunggang motosikal lelaki tempatan.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan berasingan berkaitan kejadian terbabit.

“Siasatan dijalankan Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395/365 Kanun Keseksaan.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki bagi laporan kes pertama iaitu seorang warga tempatan dan warga asing berumur antara 30 hingga 34 tahun.

“Bagi laporan kedua, tiga lelaki warga tempatan berusia 24 hingga 38 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dalam laporan kes pertama merupakan pengadu bagi laporan kes kedua manakala pengadu bagi kes kedua pula merupakan suspek dalam kes pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rentetan perselisihan faham dan pertikaian peribadi antara dua pihak berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.

Tegasnya, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang unsur gangsterisme mahupun isu perkauman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN