Dua wanita maut kemalangan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Dua wanita maut kemalangan dua kenderaan

KEADAAN kereta terlibat kemalangan yang menyebabkan dua maut di Batu Gajah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 34 dan 65 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi serta Toyota Hilux. Dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan dan penumpang hadapan kereta Perodua Myvi.

“Ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasi konserp SAVER seterusnya melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN