Beruang mengganas, baham ternakan di Setiu

Beruang mengganas, baham ternakan di Setiu

ROHANA Mohamad melihat reban ayamnya yang rosak dipercayai diceroboh seekor beruang di Kampung Padang Saujana, Setiu, Terengganu. -  UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kehadiran seekor beruang di Kampung Padang Saujana, dekat sini sejak sebulan lalu meresahkan penduduk kerana semakin mengganas sehingga mengakibatkan ternakan seperti ayam, kera dan beruk mati dibahamnya.

Seorang penduduk, Rohana  Mohamad, 56, berkata, sebelum ini penduduk mendakwa kerap bertembung dan melihat beruang itu namun dalam kejadian terbaharu, lima ekor ayam ternakannya menjadi habuan haiwan buas tersebut. 

Katanya, beruang berkenaan dikatakan berkeliaran di sekitar kampung itu sehingga ke Kampung Saujana dan Kampung Beris Tokku, di sini.

“Kehadirannya dipercayai kerana terdapat sumber makanan di sekitar kampung. Haiwan itu  turut makan  minyak terpakai disimpan sekitar rumah penduduk. Selain itu, banyak ternakan penduduk dimakan pada waktu malam,” katanya di sini.

Seorang lagi penduduk, Nurul Sariaah Amaran, 38, berkata, pada pertengahan bulan lalu seekor beruk peliharaan keluarganya ditemukan mati dengan kesan kecederaan di bahagian perut. 

“Pada awalnya kami tidak sangka ia perbuatan beruang tetapi terdapat kesan cakarannya di batang pokok berhampiran beruk kami. Beberapa hari selepas itu, beruk lain pula mati  di rumah penduduk disekitar ini dan kelibat beruang  dilihat mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN